GRANDE MOSQUEE de PARIS (GREAT MOSQUE of PARIS)

salam,

kelmarin, setelah penat menjelajah istana versailles. masih lagi sempat untuk pengembara beradu di masjid lagenda di paris. masjid yang penuh nostalgia, memberikan ketenangan dan kehormanian hati ini.

Image

Image

masjid ini siap di bina pada tahun 1926 & di rasmikan oleh Presiden Perancis pada waktuitu, iaitu Gaston Doumergue. di bina oleh Empayar Perancis sebagai penghargaan kepada tentera2 yang beragama Islam dari tanah jajahan Perancis (Morocco, Algeria dan Tunisia) yang telah turut berjuang dalam Perang Dunia Pertama (1914 – 1918).

lebih kurang 100,000 daripada mereka telah terkorban dalam perang tersebut. Masjid yang mempunyai menara azan setinggi 33 meter ini di bina dengan berciri senibina Andalusia yang amat popular ketika waktu itu.

Ketika era Holocaust sewaktu Perang Dunia Kedua (1939 – 1945) ketika Perancis di tawan oleh Nazi Jerman, Masjid ini di jadikan tempat persembunyian penduduk yahudi yang di buru oleh tentera Nazi Jerman untuk di bunuh. mereka dikatakan telah diberi sijil kelahiran Muslim sebagai samaran supaya mereka selamat daripada di tangkap dan dibunuh.

Wallahu ‘alam.. Masjid ini pada masa kini adalah antara yang terbesar dan terpenting di Perancis dan juga di benua Eropah. Perancis adalah negara Eropah barat yang mempunyai populasi Muslim paling ramai.. Hampir 5 juta penduduk Perancis beragama Islam, iaitu 8% daripada jumlah penduduknya. malah ia berdekatan dengan Museum National D’Histoire Naturelle Jardin Des Plantes.

bagi pengembara, itulah satu lagi petunjuk arah untuk pengembara meneruskan kembaranya. wassalam.

Image

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: