Author Archives: rajapengembara

GRANDE MOSQUEE de PARIS (GREAT MOSQUE of PARIS)

salam,

kelmarin, setelah penat menjelajah istana versailles. masih lagi sempat untuk pengembara beradu di masjid lagenda di paris. masjid yang penuh nostalgia, memberikan ketenangan dan kehormanian hati ini. Continue reading

Advertisements

Hotel D’Angleterre

salam,

tempat penginapan selama satu malam. untuk persiapan pengembara melawat Istana Versailles. Continue reading


Château de Versailles

dalam keadaan cuaca yang dingin. di tambah lagi dengan hujan yang turun renyai renyai. pengembara tekad meneruskan perjalanannya. kali ini  Château de Versailles menjadi hal tuju. Continue reading


Menara Eiffel Paris, Perancis

salam,

setelah sekian lama menyepi. kini pengembara kembali mengisi kekosongan waktu. mencari identiti sendiri bukannya mudah. perlukan pengorbanan yang kuat. pengembara teruskan mengembara. sehingga sampai di satu negara yang di mana terdapat ramai manusia yang menjadikan Islam sebagai pegangan abadi. Continue reading


07 ramadhan 1433

pengembara sedar masih lagi banyak perkara yang belum selesai. beberapa bicara busuk dalam hati masih lagi berkumandang sendiri. sesekejap pengembara ampuh. namun sesebentar pengembara rapuh. terus tawadhuk dan istiqomah dengan sifat sabar.

 

permulaan yang susah. namun pengembara pasti, ia akan berakhir dengan indah. diambil isi kelapa. untuk dijadikan dadih. kalau hendak seribu daya. kalau tak nak seribu dalih. walau begitu, siapalah pengembara untuk ada daya dan upaya. sedangkan semua itu pemberian Yang Kuasa.

 

permulaan yang perit. pengembara mengerti. ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk ditadah. pelbagai dugaan disambut dengan redha. berjuta ranting berduri sanggup di redah. hanyalah untuk menemukan cinta as sajadah. marah Dia. herdik Dia. pengembara redha. Dia hantarkan nikmat puasa. Dia hujankan nikmat panas cuaca. maka segala gala adalah Dia belaka. pengembara sabar.

 

apa yang di harapkan dari pengembara  hanyalah karomah kesabaran.


04 Ramadhan 1433

10 peratusan mula terhakis.  mereka mula letih dan layu. ya, mungkin kerana hal hal dunia sudah bermula. permulaan hari bekerja sewaktu bulan ramadhan pada tahun ini memberikan sedikit impak pada manusia sejagat. pengembara sendiri juga mengakui. malam yang sayu ditambah dengan kehadiran umat Muhammad yang mula layu. terluka sedikit akan malam yang diharapkan akan selalu indah.

 

pengembara juga tergolong dalam manusia hina ini. sangat lemah, tiada perjuangan yang utuh dan ampuh. tetapi hanya berbekalkan taqwa yang rapuh. walau begitu, kehadiran yang diluar jangkaan juga boleh diberikan untuk malam keberkatan ini. berbanding dengan malam malam hari bekerja pada bulan yang lain.

 

apa yang pengembara harapkan adalah karomah redha pada diri. kalau meminta, tetapi tidak dapat. sebenarnya itulah dapat.

 

kalau dapat, syukur

kalau tidak dapat, sabar.

 


Masjid As Syarif – MAS

pengembaraan pun bermula. dari satu langkah ke satu langkah. melihat indahnya singgahsana yang berdirinya hanya sementara. pengembara mengambil keputusan untuk merungkai berjuta rahsia. sempena pada bulan ramadhan yang sudah pun bermula satu hari ini.

 

pengembara melihat di atas dengan penuh minat terhadap satu mercu tanda yang memberikan pembaharuan pada MAS. ya, warna warni begemerlipan di tiap tiap pokok ru yang sedang mekar tumbuh menggunung. hiasan setahun sekali berjaya menarik ribuan hamba hamba kotor ke situ.

 

tidak salah, malah pengembara berpendapat itu wajar bagi sebuah institusi akhirat. supaya menambahkan minat kepada hamba yang jelas masing masing masih lagi mencari sinar dan tertanya tanya apa itu redha. lalu pengembara mengambil keputusan untuk kekal di sini. sepanjang perjalanan zohor hingga ke tarawikh 20.

 

apa yang pengembara harapkan dari ilahi hanyalah karamah istiqomah. biarkan amal itu sedikit. tetapi berterusan dan tidak terputus putus. insyaallah ramadhan ini lah permulaan pengembara untuk mengejar apa yang pengembara impikan. insyaallah.


%d bloggers like this: