Tag Archives: islam

Hotel D’Angleterre

salam,

tempat penginapan selama satu malam. untuk persiapan pengembara melawat Istana Versailles. Continue reading

Advertisements

07 ramadhan 1433

pengembara sedar masih lagi banyak perkara yang belum selesai. beberapa bicara busuk dalam hati masih lagi berkumandang sendiri. sesekejap pengembara ampuh. namun sesebentar pengembara rapuh. terus tawadhuk dan istiqomah dengan sifat sabar.

 

permulaan yang susah. namun pengembara pasti, ia akan berakhir dengan indah. diambil isi kelapa. untuk dijadikan dadih. kalau hendak seribu daya. kalau tak nak seribu dalih. walau begitu, siapalah pengembara untuk ada daya dan upaya. sedangkan semua itu pemberian Yang Kuasa.

 

permulaan yang perit. pengembara mengerti. ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk ditadah. pelbagai dugaan disambut dengan redha. berjuta ranting berduri sanggup di redah. hanyalah untuk menemukan cinta as sajadah. marah Dia. herdik Dia. pengembara redha. Dia hantarkan nikmat puasa. Dia hujankan nikmat panas cuaca. maka segala gala adalah Dia belaka. pengembara sabar.

 

apa yang di harapkan dari pengembara  hanyalah karomah kesabaran.


%d bloggers like this: